Thursday, June 23, 2011

Kisah yg menyebalkan....

Hai semua....

kisah yg ingin aku kongsi mmg menyebalkan....ini berkenaan kunjungan "hormatku" ke klinik pakar gynae di hospital kerajaan kelmarin...ini pun sebab severe menorrhagia yg aku alami 2 minggu lalu...doktor di klinik kesihatan tmpt hubby aku kerja yg buatkan temujanji...tp sebelum tu biar aku ceritakan susur galur sejarah aku dgn infertility clinic....

Aku mula bertemu janji dgn klinik infertiliti pada september 2010...itupun setelah aku berkahwin 1 tahun 5 bulan tanpa baby...memandangkan my hubby kerja di klinik kesihatan as a PPK,so semua prosedur dlm menentukan hormon,sperma dan segala2nya berlangsung dgn mudahnya...hasilnya my hubby disahkan subur sesubur2nya (hehehheehehe) manakala as expected,aku la punca segala masalah (sedihnya :( )....hormon progesteron ku amat rendah tetapi aku tiada masalah gula dlm darah....aku cuma obese..hehehhhe

so bermula la temujanji demi temujanji dgn klinik infertiliti...second time temujanji, check darah utk hormon hari ke 2 haid dan hari ke 21 selepas haid, aku masih tidak disahkan bertelur...Oh ya, lupa lak bgtau aku mmg period tak menentu....

dlm post aku sblm nie,aku ada cerita mengenai menses aku kembali normal bermula Disember 2010 hingga lah aku disahkan keguguran pada Mac 2011...sblm aku keguguran,aku ada bertemujanji ngan klinik pada 24 Januari 2011...dgn bangganya aku bgtau doktor,period ku dah on bulan2 skrg...doktor cakap,aku kena check hormon lagi utk hari ke 21 selepas menses dan hari ke 2 menses sterusnya...kedua2nya dgn jayanya telah ku lakukan pada Februari 2011...tp resultnya keluar selepas aku keguguran pada Mac 2011...result ini lah yg membuatkan aku percaya aku mmg keguguran....sbb masa aku keguguran,aku langsung tak tahu aku mengandung...keluarga & kawan2 pun tidak percaya aku mengandung...maybe disebabkan aku gemuk jd mereka tak percaya aku bleh mengandung...tp result hormon progesteron aku normal buat pertama kalinya...itu yg aku sebalkan di sini...result itu menunjukkan aku mmg bertelur pada cycle Februari 2011,jd tidak mustahil aku pregnant dan keguguran....

Dan kembali pada cerita kelmarin,aku jumpa pakar gynae lelaki yg tidak mampu berbahasa Malaysia...aku ok jak biarpun English aku tak seberapa...bila aku cakap aku pernah keguguran,dgn bongkaknya dia mengatakan dia tidak percaya aku pernah mengandung dan keguguran hanya disebabkan dia melihat badan ku yg besar nie...dan dia sewenang2nya mengesahkan yg aku nie menghidap PCOS tanpa buat any ujian....sedangkan selama nie aku sudah buat mcm2 test tp teda satu doktor pun yg katakan aku PCOS...aku pernah buat ultrasound dgn pakar dan resultnya ovariku normal,tiada pembengkakan langsung sedangkan pada masa itu aku tidak menses hampir tiga bulan....jadi bagaimana dia satu pakar bleh assume yg aku menghidap PCOS tanpa memeriksa rekod lama ku sebelum ini....ini yg membuatkan aku sebal...

aku hanya mampu mengadu dgn adikku dan mamaku...mereka pun marah atas perangai pakar tu...kali dorang suggest aku pi klinik pakar swasta...insyaallah,aku kena habiskan dulu pengajianku....mudah2an bulan ini ada berita baik...Amin..

1 comment:

  1. ishhh,,,kite mmg geram ngan Dok camtu...
    banyak yg sambil lewa..tau la pandai, tapi ikut suke die je kan nak tilik2 org...
    sabO jela ekk...

    ReplyDelete